Outlook 

Politik dan retorik perdagangan bakal menggugat pasaran memandangkan para pelabur lememberi lebih fokus kepada pilihan raya pertengahan A.S., di mana tinjauan menunjukkan bahawa Parti Demokratik akan memenangi kawalan Dewan Rakyat.

Presiden Parti Republik Donald Trump cenderung untuk mengekalkan Senat, namun penggantungan Kongres dapat menghalang kemampuannya untuk meneruskan rancangan cukai perbelanjaannya.

Pasaran kewangan global juga bakal memberi tumpuan kepada mesyuarat Rizab Persekutuan minggu ini. Meskipun tiada sebarang perubahan dijangkakan, pelabur akan mencari isyarat dari bank pusat A.S. ke atas rancangannya untuk sepanjang tahun dan seterusnya.

The Fed juga telah menaikkan kos pinjaman pada bulan September untuk kali ketiga tahun ini. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh digabungkan dengan peningkatan inflasi dijangka terus menyokong kenaikan yang lebih tinggi pada bulan Disember, meskipun menerima tekanan lisan dari White House.

Fokus utama pasaran minggu ini:

  1. Pilihan Raya Pertengahan A.S. : Selasa (6 November) 

Kawalan kedua-dua Kongres A.S., yang kini dikuasai oleh Republikan, dan 36 pejabat gabenor akan dipertaruhkan apabila Amerika mengundi pada pilihan raya Selasa.

Penelitian pendapat secara umumnya menunjukkan bahawa Demokrat berpeluang merebut 23 kerusi tambahan yang mereka perlukan untuk majoriti di Dewan Perwakilan, sekaligus membolehkan mereka melancarkan penyelidikan ke dalam pentadbiran Trump dan menyekat agenda perundangannya.

Republikan pula dijangka kekal mengawal Senat, di mana kuasanya termasuk mengesahkan pencalonan Trump ke kerusi seumur hidup di Mahkamah Agung.

  1. Penetapan Kadar Faedah The Federal Reserve : Jumaat (9 November) 

Rizab Persekutuan A.S. dijangka tidak melakukan sebarang perubahan terhadap kadar faedah pada akhir mesyuarat dasar dua hari pada jam 3:00 pagi waktu tempatan.

Para pelabur bimbang akan kenaikan upah dan peningkatan tekanan inflasi akan mendorong The Fed menaikkan kadar pada kadar yang lebih pantas berbanding jangkaan.

Laporan kerja bulanan Jabatan Buruh pada hari Jumaat menggariskan pertumbuhan A.S. kukuh dan pasaran buruh yang ketat, dengan 250,000 pekerjaan ditambah pada bulan Oktober dan gaji merekodkan keuntungan tahunan terbaik mereka dalam hampir sedekad. Kadar pengangguran kekal stabil pada paras rendah 49 tahun sebanyak 3.7%

  1. Data Inflasi A.S. : Jumaat (9 November)

Jabatan Perdagangan akan menerbitkan bacaan inflasi harga pengeluar Oktober pada 8:30 malam waktu tempatan dengan jangkaan peningkatan 0.3% bulan lepas dan 2.6% berbanding tahun sebelumnya.

Tidak termasuk biaya makanan dan bahan bakar, inflasi harga pengeluar utama dianggarkan naik 2.3% secara tahunan, lebih perlahan daripada peningkatan 2.5% yang terdaftar pada bulan September.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini