Hai trader semua, dalam hidup kita ni hampir setiap waktu dan saat kita perlu membuat pilihan misalnya apabila tengah tidur lena dan tiba-tiba terdengar loceng berbunyi pada waktu pagi, kita akan automatik  sedar dan di ketika itu kita perlu membuat pilihan dengan segera. Pilihannya, adakah kita akan sambung tidur sehingga ke tengahari dan tidak bekerja atau kita pilih untuk bangun dari katil, mandi, sarapan, solat dan bersiap untuk bekerja. Apakah pilihan anda ?

Jom kita ke topik asal, harini tim kapasita.com akan kongsikan kepada pembaca setia kami semua mengenai ‘gaya trading’ yang selalu diaplikasikan oleh kita dan profesional trader di luar sana untuk meraih keuntungan dalam carta dagangan harian mereka. Dengan adanya perkongsian sebegini para trader akan dapat mengenalpasti di mana kekuatan dan sifat serta ”gaya trading” mereka ketika berdagang dalam carta pasaran harian dan membantu trader supaya memilih ”gaya trading” yang sesuai untuk satu-satu masa.

Kenali 4 jenis gaya trading ;

  1.  Swing Trader: Definisinya, trader yang memegang posisi (Hold) dagangan dalam jangka masa yang panjang tetapi tidak melebihi seminggu untuk memperolehi keuntungan pips yang banyak melebihi 100pips. Swing Trader biasanya menggunakan Time Frame Weekly dan Daily untuk membuat analisis sebelum memasuki pasaran.

Ciri-ciri Swing Trader :

  • Kebiasaanya mempunyai modal kapital yang besar untuk berdagang.
  • Meletakkan posisi entri di zone Supply atau Demand yang lebih dikenali Sell di pucuk dan Buy di akar .
  • Menjarakkan Stop Loss melebihi 50pips dan ke atas dan Take Profit 2 kali ganda dari jumlah sanggup rugi tersebut.
  • Gemar mengikut Trend pasaran di time frame yang besar seperti di Time Frame Daily .
  • Mengamalkan prinsip ”Set and Forget”
  • Menggunakan analisis teknikal dan fundamental dalam bentuk ”balancing”.

Kelebihan :

  • Berpeluang memperolehi jumlah pips yang banyak kerana post dipegang lebih lama.
  • Tidak perlu membayar terlalu banyak ‘Spread’ kerana post di buka dalam kuantiti yang sedikit.

 Kekurangan :

  • Memerlukan modal yang besar untuk bertahan jika ”floating loss” kerana menggunakan Stop Loss yang banyak.
  • Terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk berada dalam pasaran dan sangat terdedah dengan Volatility yang besar .

Bagaimana mengatasi kelemahan tersebut ?

  • Swinger perlu memasuki posisi pada harga terbaik dengan meletakkan Buy pada harga paling rendah dan Sell di pada paras harga yang tertinggi bagi mendapatkan ketepatan posisi entri.
  1. Intra-day Trader: Definisinya, trader ini membuka dan menutup posisi entri dalam hari yang sama ia didagangkan bertujuan untuk mendapatkan ketepatan ”Price Action” apabila pasaran membuat pertukaran arah. Gaya trading seperti ini biasanya menggunakan Time Frame utama mereka iaitu Daily, Hour 4 dan Hour 1.

Ciri-ciri Intra-day :

  • Menekankan analisis teknikal berbanding fundamental.
  • Memasuki pasaran ketika waktu aktif sahaja seperti pertindahan waktu antara Eurozone dan U.S serta sesi dagangan Asia.
  • Membuat analisis beberapa jam sebelum pasaran mula aktif.
  • Seorang yang suka membuka posisi entri di tempat Price Action
  • Golongan pertama yang mengikut sesuatu Trend baru .
  • Sentiasa memantau pergerakan harga setiap 1 jam sekali.
  • Mengamalkan Stop Loss tidak melebihi daripada 30 pips dan Take Profit 2kali ganda dari jumlah Stop Loss.

Kelebihan :

  • Dapat mengenalpasti lebih awal zon-zon perubahan arah yang akan berlaku.
  • Pengawalan risiko yang lebih efisien berbanding swing kerana masuk dan keluar pasaran dalam waktu yang singkat.

Kelemahan :

  • Perolehan keuntungan adalah terhad kerana menutup posisi entri dalam masa satu hari sahaja.
  • Memerlukan komitmen masa yang lebih banyak bagi melakukan analisis tepat dan pemantuan yang kerap.

Bagaimana mengatasi kelemahan tersebut ?

  • Intra-day Trader perlu membuat analisis teknikal secara lebih terperinci dengan menggunakan ilmu asas dan sedikit tambahan fundamnetal bagi mendapatkan ketepatan kawasan zone Supply dan Demand di mana tempat ini sering berlaku Price Action.
  1. Scalper : Definisinya, gaya dagangan yang mengkhususkan diri dalam mengambil keuntungan sebanyak mungkin pips pada perubahan harga yang kecil pada satu-satu masa yang singkat. M1, M5, M15 dan M30 adalah Time Frame utama untuk berdagang.

Ciri-Ciri seorang Scalper

  • Seorang yang sangat berdisiplin dengan pengurusan risiko.
  • Suka pada perdangangan yang cepat.
  • Tidak keberatan untuk fokus pada carta pasaran selama beberapa jam.
  • Tidak sabar dan tidak suka menunggu lama.
  • Berfikir pantas dan mengubah kecenderungan atau arah dengan cepat.
  • Seorang yang membuat keputusan tanpa ragu-ragu.
  • Seorang yang suka menatap carta pasaran setiap waktu.
  • Kerap melakukan analisis baru.
  • Buy/Sell di Time Frame yang kecil .
  • Menggunakan Major Pair untuk urusan perdangangan kerana jumlah dangangan yang tinggi dan High Liquidity.
  • Open dan Close position dalam masa yang singkat seperti dalam minit dan saat sahaja.
  • Seorang yang gemar Open Position menggunakan Volume yang kecil dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa dengan harapan dapat mengaut keuntungan yang besar.

Kelebihan :

  • Tidak perlu memakan masa yang lama untuk membuat analisis dan Close Position.
  • Candlestick dan Chart Pattern Reversal Signal sangat mudah terbentuk dan dijumpai di time frame kecil.

Kelemahan :

  • Perlu membayar Spread banyak kali kerana Buy/Sell dalam kuantiti yang banyak.
  • Candlestick dan Chart Pattern Reversal signal terdedah luas dengan risiko False Signal.

4. Sniper Trader : Definisi, memasuki posisi entri di kawasan yang tepat sahaja seperti di Supply dan Demand Zon dengan mengaut keuntungan pips tidak lebih dari 10pips dalam masa yang sangat singkat.  Mereka biasanya menggunakan Time Frame M1,M5, M15 dan M30.

Ciri-ciri Sniper Trader :

  • Seorang yang menekan analisis teknikal berbanding fundamental
  • Membuka dan menutup post pada waktu yang singkat. Contohnya, masuk entri sebaik pasaran memasuki kawasan sokongan (support) dan tutup post jika pasaran melakukan price action sebanyak 5-10 pips.
  • Meletakkan Limit order di kawasan Support dan Resistance atau di zon Supply dan Demand sahaja.
  • Sentiasa memantau posisi entri pada setiap masa tertentu.
  • Seorang yang mementingkan ketepatan entri .
  • Mengambil keuntungan pips dalam jumlah yang kecil tetapi menggunakan Volume yang sedikit besar.

Kelebihan :

  • Pengawalan risiko lebih terkawal kerana entri dibuka mengikut ketepatan analisis dan waktu.
  • Hanya memasuki pasaran ketika waktu sesi dagangan aktif sahaja.

Kelemahan:

  • Tidak dapat melihat pergerakan pasaran dalam Big Picture kerana menggunakan Time Frame yang kecil.
  • Masa yang digunakan untuk membuat analisis teknikal dan fundamental adalah terhad.

Bagaimana cara mengatasi kelemahan tersebut ?

  • Sniper Trader perlu juga membuat analisis pada time frame yang sedikit besar seperti di H1, H4 dan Daily ini dan mengamalkan konsep analisis daripada time frame besar ke time frame kecil secara berperingkat untuk mendapatkan ketepatan dan ketajaman entri betul.

Disclaimer : Sumber maklumat di atas adalah dirujuk daripada buku psikologi pasaran yang ditulis oleh mereka yang pernah merasai pengalaman gaya trading tersebut dan pengalaman yang dialami oleh penulis sendiri.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini