Jualan runcit di United Kingdom naik 0.7% daripada sebulan sebelum Julai 2018, pulih daripada penurunan 0.5% pada bulan Jun sekaligus mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 0.2%.

Peruncitan non-store menunjukkan pertumbuhan yang kukuh memandangkan promosi dalam talian terus menggalakkan jualan. Secara tahunan, perdagangan runcit meningkat kepada 3.5% pada bulan lalu.

Manakala bagi Jualan runcit teras, yang tidak termasuk penjualan kereta dan bahan api, meningkat sebanyak 0.9% pada bulan Julai, selepas jatuh 0.6% sebulan lebih awal.

Jualan Runcit MoM di United Kingdom berkadar purata 0.22 peratus dari 1996 hingga 2018, mencecah paras tertinggi sepanjang 3.10 peratus pada Februari 2010 dan rekod rendah pada -3.80 peratus pada bulan Januari 2010.

Pada masa yang sama, GBP / USD didagangkan pada 1.2710 setelah naik 0.16% hari ini.

Tidak ketinggalan, GBP / JPY naik sebanyak 0.20% dan didagangkan di paras 140.870 disusuli oleh GBP / CAD yang berada di paras 1.66850, naik 0.02%.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini