Utama Matawang Balas ! Itu Tindakan Presiden Turki Terhadap Tindasan Tarif A.S.

Balas ! Itu Tindakan Presiden Turki Terhadap Tindasan Tarif A.S.

699
0

Serang Balas Presiden Erdogan ?

Turki semalam telah mengumumkan langkah untuk me­ningkatkan tarif kepada dua kali ganda ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) terhadap kereta, alkohol dan tembakau dalam apa yang didakwa naib presiden negara ini sebagai tindakan balas terhadap serangan Amerika secara sengaja terhadap ekonomi Turki.

Langkah tersebut diambil ketika ketegangan di an­tara kedua-dua sekutu Pertubuhan
Per­janjian Atlantik Utara (NATO) itu berhubung tindakan Ankara memenjarakan tokoh agama Kristian dan pelbagai isu diplomatik lain yang menyaksikan matawang lira merosot ke paras terendah berbanding dolar AS.

Penggandaan Tarif Sebanyak Dua Kali Ganda Oleh Turki
Satu dekri diterbitkan dalam Gazet Rasmi Turki dan ditandatangani Presiden Recep Tayyip Erdogan menaikkan tarif kepada dua kali ganda ke atas kereta penumpang kepada 120% minuman alkohol kepada 140% dan daun tembakau kurang daripada 60%.

Turki turut menggandakan tarif ke atas produk seperti kosmetik, beras dan arang batu.

“Duti import juga mening­kat ke atas beberapa produk di bawah prinsip timbal balas sebagai reaksi terhadap sera­ngan sengaja pentadbiran AS ke atas ekonomi Turki,” kata Naib Presiden, Fuat Oktay menerusi Twitter beliau.

Pertelingkahan dengan Wa­shington mendorong lira jatuh ke paras te­rendah dengan matawang itu kehilangan lebih daripada 40% nilai berban­ding dolar tahun ini memaksa bank pusat untuk campur ta­ngan.

Penstabilan Lira Turki

Lira kembali melantun seba­nyak 8% semalam di­dorong oleh berita tentang cada­ngan satu persidangan hari ini yang mana menteri kewa­ngan akan menyakinkan pelabur antarabangsa.

Pasaran mengambil berat tentang pengaruh Erdogan ke atas ekonomi dan penenta­ngannya ter­hadap kenaikan faedah bagi menangani inflasi dua digit.

Hari ini, lira (USD / TRY) didagangkan pa­da 5.98048 berbanding dolar AS.

Erdogan mendakwa Turki menjadi mangsa perang dagangan dan membuat gesaan berulang kali kepada rakyat Turki supaya menjual matawang dolar dan euro bagi meningkatkan matawang mereka.

Semalam, Presiden itu me­ngemukakan langkah memboikot produk elektronik ke­luaran Amerika.

Sentimen Yang Semakin Memulih 

Jadi, apakah berita ini menyokong lira?

Ya benar. Potensi penstabilan lira semakin tinggi dengan bantuan negara sekutunya Qatar yang menjanjikan pelaburan $15 Bilion terhadap ekonomi Turki untuk memulihkan krisisnya.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

error: Content is protected !