Turki kini sedang mengalami krisis matawang yang mendedahkan ekonominya di paras bahaya setelah matawangnya, lira Turki yang telah jatuh sebelum ini, merosot dengan lebih teruk sebanyak 30%. Kini, RM1 bersamaan dengan 1.68 Lira.

Sejak Bilakah Krisis Ini Melanda ?

Pada Jumaat lalu, Presiden Donald Trump telah menggandakan tarif (cukai) ke atas produk keluli dan aluminium keluaran Turki dengan keluli daripada 25% kepada 50% manakala aluminium daripada 10% kepada 20%.

Disebabkan kepentingan eskport Turki ke A.S. adalah tinggi, pelabur kebanyakannya meninggalkan pasaran Turki yang menyebabkan permintaan terhadap Lira juga merosot.

Apakah Punca Yang Menyebabkan Penggandaan Tarif ?

Presiden Donald Trump telah meminta Presiden Tayyip Erdogan melepaskan pastor A.S., Andrew Brunson yang ditahan sejak kejadian kudeta 2016. Namun, keengganan Erdogan telah menyebabkan Trump menggunakan kuasa tarif untuk menguji ketahanan Turki terhadap permintaannya.

Pada masa yang sama, Presiden Trump secara tidak langsung mempamerkan ancaman kepada China yang telah dikenakan tarif 25% dan 10% minggu lalu untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan penggandaan tarif yang baru.

Bagaimanakah Respons Presiden Tayyip Erdogan ?

Ketika ini, Erdogan mempunyai dua pilihan sama ada untuk menaikkan kadar faedah untuk menstabilkan nilai matawang atau menggunakan rizab pertukaran asing bagi membeli Lira di pasaran. Namun, beliau menidakkan kedua-dua inisiatif tersebut.

Malah, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau percaya ekonomi Turki kini cuba disabotaj dan mengatakan bahawa “Jika mereka mempunyai dolar A.S, kita mempunyai Allah (Tuhan)”.

Di samping itu, negara sekutu Turki termasuk Iran dan Qatar mempamerkan sikap solidariti mereka dengan langkah menyeru rakyat mereka menukarkan Dolar A.S. kepada Lira Turki. Walaubagaimanapun, kemampanan ekonomi yang kecil menyebabkan kesan yang diterima oleh lira juga kecil.

Secara menyeluruh, tindakan untuk menaikkan kadar faedah bagi menstabilkan Lira sebenarnya hanya akan membuka ruang kepada pemanipulasi pasaran matawang untuk menyerang ekonomi Turki.

Apakah Impak/ Kesan Yang Disumbang Krisi Kewangan Turki Kepada Pasaran ? 

Amnya, sistem kewangan Turki adalah yang paling besar terkesan. Kejatuhan matawang mereka sekaligus menyebabkan hutang luar (foreign debt) meningkat secara mendadak dan menyebabkan pembayaran balik jumlah hutang melonjak.

Hutang luar tersebut tidak ditetapkan menggunakan lira, sebaliknya Dolar A.S. Apabila lira jatuh berbanding Dolar A.S., hutang-hutang ini tiba-tiba melambung nilai dan bayaran balik jadi lebih mahal.

Pasaran Eropah juga terjejas ekoran krisis Turki ini kerana kebimbangan pelabur terhadap rebakan krisis tersebut ke seluruh dunia. Mengimbas kembali kitaran 10 tahun krisis kewangan lampau yang sejajar dengan krisi Turki ini.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini