Harga minyak mentah meningkat selepas laporan daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengesahkan bahawa pengeksport utama, Arab Saudi telah mengurangkan pengeluaran bagi meredakan krisis lebihan bekalan.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$72.87 setong, naik 26 sen, atau 0.4% daripada akhir penutupan.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 32 sen, atau 0.5% kepada AS$67.52 setong.

Julai lalu, Arab Saudi memberitahu kumpulan pengeluar OPEC bahawa ia telah mengurangkan pengeluarannya sebanyak 200,000 tong sehari kepada 10.288 juta tong sehari.

Laporan bulanan OPEC yang diterbitkan semalam yang menggunakan data daripada sumber peringkat kedua mengesahkan pengurangan bekalan dari Arab Saudi itu.

Menurut pedagang, langkah itu mencetuskan aliran menaik dalam harga minyak mentah pada dagangan hari ini.

Pada masa yang sama, Malaysia adalah pengeluar minyak dunia. Harga minyak mentah mempunyai hubungan positif dengan pergerakan ringgit (USD / MYR)

Secara amnya, pergerakan ringgit ditentukan oleh bagaimana anggota-anggota OPEC mengawal pengeluaran minyak. Apabila OPEC mengurangkan pengeluaran minyak, secara tidak langsung harga minyak Brent akan naik dan pada masa yang sama Ringgit juga akan naik dan sebaliknya. 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini