Ekonomi Jepun mencatatkan pertumbuhan 0.5% pada suku Jun tahun 2018, selepas penguncupan 0.2% pada tempoh sebelumnya dan mengatasi jangkaan pasaran yang mensasarkan pertumbuhan 0.3%.

Bacaan tersebut menjadi kadar pertumbuhan tertinggi sejak suku tahun 2017, didorong oleh pemulihan yang kuat dalam penggunaan isi rumah dan peningkatan perbelanjaan perniagaan yang lebih pantas.

Dalam tempoh tiga bulan hingga Jun, sumbangan positif kepada pertumbuhan KDNK sebahagian besarnya diperolehi daripada permintaan swasta, di mana penggunaan swasta (0.4%) dan perbelanjaan modal (0.2%), sementara perubahan inventori swasta tidak memberi sumbangan kepada pertumbuhan . Pada masa yang sama, permintaan awam adalah neutral, sementara eksport bersih mempunyai sumbangan negatif sebanyak 0.1%.

Secara tahunan, KDNK berkembang 1.9%, di atas anggaran pertumbuhan 1.4% berikutan penguncupan semula 0.9% pada suku ketiga.

Berikutan itu, pasangan USD / JPY mengukuh sebanyak 0.19% ke paras 110.86 sehingga jam 11:40 pagi waktu tempatan didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan.

Pasangan GBP / JPY turut menunjukkan pengukuhan setelah didagangkan di paras 42.293 disusuli oleh CAD / JPY yang turun menguat ke paras 84.989 dengan 0.14%.

Yen juga mengheret keuntungan terhadap Aussie dengan AUD / JPY kukuh sebanyak 0.20% ke paras 81.725 disertai oleh NZD / USD yang didagangkan pada 73.318 hari ini.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini