Ramai individu yang hidup mereka tidak produktif kerana mereka terlalu sibuk dengan kehidupan harian seperti kerja, kerja dan kerja. Anda fikir apabila semakin banyak anda kerja, semakin produktif hidup anda ?

Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan produktif ?

Untuk menjadi seorang yang produktif, kita memerlukan tiga elemen: fokus, tenaga dan masa.

Jadi, ketahui tips ini untuk membina hidup yang lebih produktif.

# MINDA 

1. Sedar tentang Teori 80/20. Lakukan kerja 20% yang hasilkan 80% produktiviti. 2. Fokus pada perkara yang penting, bukan perkara yang mendesak (urgent).
3. Tentukan hasil yang diingini sebelum memulakan kerja.
4. Wujudkan ‘Buku Idea’. Tulis semua idea best yang tidak boleh kita buat sekarang
5. Hapuskan perkara remeh yang ambil masa kita.
Contoh: baju apa nak pakai, apa yang nak kena makan, dll
6. Belajar untuk mengendahkan. Kita tak perlu respon kepada semua perkara. Hanya segelintir sahaja.
7. Siapkan versi draf, kemudian baru sunting dan cantikkan.
8. Urus masa seperti kita akan mati lagi 10 bulan.

# PEMAKANAN 

9. Jadikan diet satu rutin
10. Makan dari sumber yang sihat
11. Guna servis delivery.
12. Runding dengan kafe yang kita suka untuk bayaran bulanan

# JADUAL 

13. Buat kerja-kerja mudah terlebih dahulu (snowball)
14. Setkan 1 kerja ‘wajib siap’ sahaja setiap hari
15. Tetapkan rutin harian
16. Abaikan meeting, kecuali meeting ‘buat keputusan’
17. Lebih baik ‘siap’ berbanding ‘sempurna’

# BADAN 

18. Uruskan anxiety: joging, berenang, menari
19. Tidur secukupnya. Makin banyak kerja akan siap
20. Tidur 10 minit jika rasa mengantuk

# TIPS 

21. Bayangkan pengakhiran yang kita mahu
22. Mulakan SEBELUM kita rasa kita bersedia.
23. Anggap kita betul ketika kita sedang was-was. Positif itu Produktif
24. Jika terkena ‘mind-block’, gunakan ‘mind-map’
25. Jika tak boleh tulis, cakap dan rekod
26. Jika kita terbaca sesuatu yang berguna, hantarkan terima kasih dan idea kepada penulis tersebut.

# PAKAIAN 

27. Tentukan fesyen ‘uniform’ kita. Pakai setiap hari.
28. Hanya pakai fabrik yang sesuai dan selesa
29. Mesti bawa sepasang pakaian ‘multipurpose’ yang sesuai untuk semua acara
30. Buang/beri pakaian yang tidak dipakai lebih 3 bulan

TEKNOLOGI 

31. Hadkan respons email kepada 1 email untuk 1 minit sahaja
32. Jika tidak faham apa email tersebut mahu, abaikan dahulu
33. Abaikan berita terkini. Jarang betul perkara penting berlaku.
34. Tak perlu jawab telefon, kecuali betul-betul kecemasan
35. Gunakan ‘keyboard shortcuts’

# PENDIDIKAN 

36. Amalkan Self-learning untuk MULA belajar sesuatu.
37. Bila dah masuk bahagian tak mahir, baru cari orang sesuai untuk mengajar kita.
38. Amalkan search di Youtube: Book Summary of <Tajuk Buku> sebelum membeli buku.
39. Guna e-learning, seperti Youtube/Khan Academy (percuma), Udemy (murah) atau lebih premium di Masterclass jika perlu.
40. Jika ingin tambah skil baru dalam hidup, cuba belajar buat tanpa henti dalam 20jam (berehat atau solat boleh). Jika dapati diri tak sesuai dengan skil itu, jangan buang masa, sila beralih cari skil yang lain. Jika sesuai dengan diri kita, terus gilap skil tu sampai jadi mahir.
41. Update list SEE FIRST kita di FB setiap sebulan sekali. Jangan rasa ralat untuk Unfollow profile yang tidak menguntungkan dari segi knowledge kita.
42. Lihat rak buku, kalau ada buku yang dah lama tak bersentuh lebih 3 tahun, sila hadiahkan pada kenalan, kerana orang lain dapat gali ilmu dari buku itu (kita tumpang pahala, jimat ruang, dapat duit – jika ingin jual).
43. Jika ada banyak sangat masa terluang, boleh ikuti soalan-soalan power di Quora.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini