Minggu ini, data kalendar ekonomi tidak mempamerkan pergerakan signifikan selain data inflasi dan pertumbuhan A.S serta UK pada hari Jumaat.

Demikian itu, sentimen memainkan peranannya ketika ini untuk memacu pergerakan pasaran bersama teknikal.

 1. Brexit : UK menyatakan kebimbangannya terhadap no-deal Brexit yang menekan Pound. 

Kebimbangan terhadap Brexit dihangatkan selepas setiausaha perdagangan Britain memberi amaran bahawa kecenderungan no-deal Brexit untuk berlaku adalah tinggi disokong oleh kenyataan Gabenor Bank of England, Mark Carney memberi amaran pada hari Jumaat bahawa terdapat risiko yang tinggi bagi Britain keluar dari EU tanpa perjanjian.

Pound telah ditekan kebimbangan tersebut dengan GBP / USD jatuh 0.32% ke paras 1.28977 sehingga jam 5:40 petang hari ini.

 2. Konflik Perdagangan : Konflik dua ekonomi yang meruncing memacu dolar A.S. sekaligus menekan dolar awal minggu ini. 

Amerika Syarikat dan China selepas negara Asia minggu ini mengatakan ia sedang menyediakan langkah-langkah balas terhadap tarif Amerika Syarikat, yang menyasarkan barangan A.S. bernilai $ 60 bilion dengan duti import antara 5% dan 25%.

Tanggapan itu menyusul cadangan pentadbiran Trump pada hari Khamis mengenai tarif 25% kepada import China bernilai $ 200 bilion.

Retorik tersebut memberi sokongan ke atas momentum dolar A.S. dengan indeks dolar A.S., yang mengukur kekuatan greenback terhadap matawang utama, naik ke paras 95.00 menyebabkan pasangan yang berlawanan dengan USD merosot.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini