Bursa Malaysia meneruskan kenaikan bagi dua hari berturut-turut dan dibuka lebih tinggi hari ini dalam menjejaki prestasi pasaran global yang memberangsangkan.

Public Investment Bank Bhd dalam satu nota berkata, kenaikan harga minyak mentah semalaman dan berita laporan kewangan korporat yang memberangsangkan, membantu peserta pasaran mengenepikan buat seketika kebimbangan berhubung konflik perdagangan.

Pada jam 9 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.47 mata pada 1,795.56 daripada 1,791.09 penutup Selasa.

Indeks tersebut dibuka 2.07 mata lebih kukuh pada 1,793.16.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 195 berbanding 60 dengan 171 tidak berubah manakala 1,455 tidak didagangkan dan 20 yang lain digantung.

Sejumlah 130.67 juta saham bertukar tangan bernilai RM80.45 juta.

– SUMBER BERNAMA

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini