Terdapat banyak peluang pelaburan yang wujud pada masa kini. Namun anda perlu berhati-hati kerana terdapat juga penganjur pelaburan yang mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka sendiri.

Skim pelaburan seperti inilah yang dikatakan skim pelaburan cepat kaya atau dalam erti kata lainnya scamming. Untuk mengelak diri anda daripada terjebak dengan skim ini, berikut adalah beberapa cara untuk anda mengenal pasti sama ada ia adalah skim penipuan atau tidak.

1. HANYA KEUNTUNGAN, TIADA KERUGIAN

Penganjur skim hanya memberitahu tentang keuntungan yang akan diperoleh. Mereka
langsung tidak menyentuh tentang kerugian yang mungkin berlaku terhadap pelaburan tersebut. Walhal dalam apa juga jenis pelaburan, sudah tentu terdapat untung dan rugi.

2. KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA DENGAN MODAL/ RISIKO KECIL

Penganjur pelaburan mendakwa pelaburan tersebut akan mendapat pulangan yang sangat tinggi. Anda perlu berhati-hati kerana jika keuntungan tersebut sangat tinggi berbanding dengan jumlah pelaburan anda yang kecil, maka kemungkinan ia adalah penipuan pelaburan.

3. “HADIAH LUMAYAN”

Penganjur juga menawarkan hadiah lumayan dengan tujuan untuk menarik pelanggan. Malah, penawaran hadiah yang tidak masuk akal juga diberikan oleh penganjur untuk mencipta lebih kredibiliti. Maka, berhati-hati.

4. “SIAPA CEPAT, DIA DAPAT”

Pelaburan yang ditawarkan hanya dibuka dalam tempoh yang terhad.
Anda diminta untuk membuat keputusan yang cepat untuk melabur. Jika anda gagal membuat keputusan pelaburan pada masa yang ditetapkan, anda terlepas peluang untuk melabur.

5. STATUS SYARIKAT 

Maklumat syarikat pelaburan tidak diberikan secara jelas. Anda juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat dan jenis perniagaannya.
Sebaik-baiknya melaburlah di institusi pelaburan yang dijamin oleh kerajaan atau diperakui oleh agensi pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sebagainya.

Jauhi diri anda daripada penipuan (scamming) dalam apa jua keadaan sekalipun.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini