Bank of England dijangka menaikkan kadar faedah buat kali kedua dalam satu dekad pada hari ini, jam 7 petang waktu tempatan.

Ahli ekonomi dan pelabur menjangkakan bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) menaikkan kadar dari 0.5% kepada 0.75%.

Perubahan terhadap kadar Bank bakal menjejaskan puluhan juta akaun simpanan, pinjaman dan gadai janji ekoran bank menggunakannya sebagai rujukan untuk mengenalpasti jumlah yang mereka bayar kepada penyimpan dan mengenakan caj peminjam.

Pada masa yang sama, ekonomi UK telah melemah tahun ini setelah tiga kuasa ekonomi dunia yang terbesar (AS, China dan Kesatuan Eropah) bergelut dengan tarif disusuli oleh ketidakpastian Brexit yang mempengaruhi keyakinan perniagaan untuk melabur.

Pada bulan Jun, tiga daripada sembilan penggubal dasar, termasuk ketua ekonomi Bank Andy Haldane, mengundi peningkatan kadar kepada 0.75%. Lima undi diperlukan untuk mengubah dasar.

Meskipun ramai penganalisis mengharapkan perpecahan keputusan pada hari Khamis, pertumbuhan pekerjaan yang kukuh, pertumbuhan gaji yang mantap dan pemulihan dalam perbelanjaan pengguna dijangka dapat menyokong kenaikan.

Ahli ekonomi di Goldman Sachs mengharapkan Mark Carney, gabenor Bank of England, untuk menekankan bahawa kenaikan pada bulan Ogos adalah langkah perlahan dan mantap bagi MPC ke arah normalisasi.

Kenyataan Gabenor Mark Carney menyusul pada jam 7.30 petang waktu tempatan. Pelabur dan pedagang memberi tumpuan untuk mendapatkan isyarat lanjut mengenai pertumbuhan ekonomi dan dasar pada masa akan datang.

Carney turut dikatakan lebih berhati-hati dengan beberapa perkara mengenai dasar perdagangan Presiden Donald Trump dan Brexit. Kenyataan bernada dovish juga mengaburi pasaran berikutan komponen utama ekonomi UK yang dilaporkan tidak memberangsangkan. 

Menjelang mesyuarat tersebut, GBP / USD didagangkan rendah di paras $ 1.30860 sehingga jam 4.4 petang tadi.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini