Secara umumnya terdapat 2 bahagian analisis yang menjadi pilihan pedagang matawang iaitu Analisis Teknikal dan Analisis Fundamental. Kedua-dua disiplin analisis ini amat penting untuk dikuasai oleh seseorang pedagang yang ingin berjaya.

Namun, kebanyakan pedagang masih samar-samar tentang apa itu fundamental.

Apa Itu Fundamental ?

Apabila ditanya kepada pedagang, kebanyakannya mengatakan bahawa fundamental adalah news semata-mata atau dagangan ketika news dikeluarkan sahaja. Namun, jawapan tersebut kurang tepat. News adalah sebahagian daripada komponen di dalam Analisis Fundamental.

Fundamental adalah asas sesuatu matawang yang melibatkan komponen ekonomi sesebuah negara termasuk permintaan dan tawaran, kadar faedah, pasaran buruh, kuasa pengguna, aktiviti ekonomi, campur tangan asing malahan dasar monetari bank pusat sesebuah negara itu sendiri.

Apakah Asas Kepada Pengukuhan Matawang Berdasarkan Komponen Tadi ?

Di sini, disenaraikan 3 komponen utama asas pengukuhan komponen matawang. Bagi mengelakkan kekeliruan, matawang USD dijadikan sebagai contoh.

1) Bank Pusat : The Federal Reserve 

The Fed bertanggungjawab menyelia polisi monetari secara holistik. Bermakna, pedagang perlu cakna akan kondisi dasar sesebuah bank. Kebiasaannya, bank menerangkan strategi mereka menerusi pengetatan (tightening) dan pelonggaran (easing). 

2) Pasaran Buruh

Bagi A.S., data Non-Farm Payroll (NFP) menjadi kayu ukur pertumbuhan pasaran buruh di A.S. di mana, ia menjadi penyumbang utama kepada ekonomi A.S. sekaligus menyokong pengukuhan matawang USD yang terkesan daripada pembayaran gaji pekerja seterusnya memberi kuasa ekonomi kepada individu.

3) Campur Tangan Asing (Sentimen)

 Pemimpin Negara (Presiden) 

Amnya, pemilihan presiden adalah asas kepada pembangunan A.S. yang kini dijawat oleh Donald Trump. Pedagang juga perlu memberi perhatian kepada sentimen yang diwujudkan oleh Presiden ke atas pasaran sama ada secara terbuka atau tidak. Campur tangan, rundingan serta sebarang pergolakan atau konflik mampu memberi kesan ke atas sentimen risiko pasaran yang mampu menyebabkan ketidaktentuan politik (geopolitik).

Kesimpulannya, sebarang tindak tanduk Presiden mampu menjadi pemacu sentimen pasaran yang perlu diberi tumpuan.

 Penyelia Monetari (Pengerusi The Fed, Ahli FOMC, Senat) 

Setiap ahli yang berada di dalam Majlis Penyelia Monetari sama ada FOMC, Ahli Lembaga Pengarah dan The Fed itu sendiri mampu memberikan kesan ke atas pasaran disamping news semata-mata. Sebagai pihak yang bertanggungjawab mengawal penyeliaan bank pusat, mereka mempunyai lebih banyak pengaruh terhadap nilai matawang negara daripada individu lain.

Pedagang harus meneliti perbuatan awamnya kerana mereka sering digunakan untuk memberikan petunjuk halus mengenai dasar monetari masa depan serta isyarat pengetatan dasar monetari yang menyebabkan volatiliti dalam pasaran.

 

 

 

 

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini