Facebook Inc telah mencipta revolusi dengan pencapaian baiknya sepanjang berada di dalam pasaran teknologi. Kini media sosial gergasi tersebut mencipta satu ketidakpastian setelah menjadi wipeout pasaran saham terbesar dalam sejarah Amerika.

Hal tersebut bakal memburuk sekiranya ia kejatuhan saham 24% pada dagangan New York hari semalam diheret kepada dagangan hari ini. Jumlah dagangan pasarannya menjunam pada hari Rabu, pada $ 151 bilion, memandangkan pertumbuhan jualan dan pengguna mengecewakan pelabur. Pergerakan magnitud itu pada hari Khamis berkemungkinan menjadi kerugian terbesar dalam tempoh satu hari bagi sebuah syarikat yang didagangkan oleh A.S..

Kembali di sejarah pasaran teknologi, Intel Corp pula dilaporkan kehilangan kira-kira $ 91 bilion dalam tempoh satu hari September pada tahun 2000 manakala Exxon Mobil Corp, yang telah terasa terancam akibat krisis kewangan dan kemelesetan pada bulan Oktober 2008, kehilangan $ 53 bilion. Tidak terlepas, pertumbuhan keuntungan paling perlahan di Apple Inc. dalam 10 tahun mencetuskan kerugian hampir $ 60 bilion pada 24 Januari 2013.

Facebook mengakhiri sesi selepas turun 20 peratus pada $ 173.50, kehilangan kira-kira $ 126 bilion di dalam jumlah dagangannya, yang mengalami penurunan sebanyak 24 peratus lebih awal.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini