Asasnya, kenyataan serta laporan daripada Pengerusi sesebuah Bank Pusat atau Bank Rizab Persekutuan, termasuk European Central Bank (ECB) perlu diberikan tumpuan khusus oleh pedagang kerana Bank Sentral merupakan pencorak ekonomi sesebuah negara. 

Polisi Monetari kebiasaannya dikaitkan dengan istilah pelonggaran (easing) dan pengetatan (tightening). Bermakna, polisi monetari sesebuah bank sentral bakal berubah mengikut kadar pertumbuhan ekonomi mereka bagi mengawal inflasi sekaligus mengelakkan deflasi melampau. 

Kini, ECB dijangkakan untuk mengekalkan kadarnya pada 0.00% berikutan risiko konflik dagangan global yang tidak menjamin pengetatan dasarnya. ECB menyatakan bahawa ia bakal menamatkan skim pembelian bon $3.0 Trilion bulan lalu menjelang akhir tahun ini sekaligus mengambil tindakan signifikan untuk menghapuskan rangsangan kewangan.

Namun, disebabkan oleh beberapa sentimen konflik perdagangan global yang terjejas menyebabkan ECB menjanjikan rekod kadar faedah rendah sehingga musim panas akan datang. 

Kenyataan tersebut bagaimanapun meningkatkan kebimbangan pelabur bahawa sebarang pergolakan mungkin menggagalkan pemulihan inflasinya. 

Kemerosotan data PMI bagi bulan Jun disusuli oleh kejatuhan keyakinan pengguna dan indeks perniagaan iFo Jerman juga mempamerkan kelembapan pertumbuhan secara keseluruhan.

Bagaimanapun, momentum pertumbuhan masih berada di atas jajaran sekaligus mewujudkan kebarangkalian bahawa eropah masih mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih tinggi disusuli oleh inflasi yang ideal.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini