Pasaran dagangan sesi Asia hari ini dimonopoli oleh matawang dolar A.S. menjelang pertemuan Presiden Donald Trump dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker yang dijangka tidak memberi hasil memberangsangkan berikutan ancaman dan tuduhan awal Trump terhadap tarif serta amalan perdagangan EU.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback terhadap pasangan matawang utama juga berada di paras jajaran 94.63 setelah mempamerkan pergerakan whipsaw semalam.

Pasangan AUD / USD menjunam lebih 0.26% ke paras 0.73990 ditekan oleh data CPI Australia yang meleset daripada jangkaan manakala NZD / USD yang jatuh 0.10% ke paras 0.67929, disumbang oleh data lebihan dagangan yang negatif.

Pada masa yang sama, USD / JPY naik 0.09% dan didagangkan di paras 111.287 setelah mendapat sokongan awal minggu ini berikutan jangkaan pengurangan rangsangan monetari yang agresif oleh Bank of Japan. 

Di tempat lain, EUR / USD berada di paras jurang dan didagangkan pada 1.16808 disusuli oleh GBP / USD yang berada di paras 1.31422 pada awal dagangan sesi Asia hari ini.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini