Presiden Donald Trump, menunjukkan sikap pesimis mengenai perbincangan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker yang ditetapkan pada hari Rabu dengan tujuan mengelakkan konflik perdagangan.

Dalam tweet beliau malam Selasa, Trump berkata bahawa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mesti menurunkan semua tarif, halangan dan subsidi.

“That would finally be called Free Market and Fair Trade!” Trump said. “Hope they do it, we are ready – but they won’t!”  kata beliau di twitternya.

Malah, Trump menuduh EU melakukan amalan perdagangan yang tidak adil dan mengancam untuk menaikkan tarif ke atas kereta yang diimport dari blok itu.

Pesuruhjaya Perdagangan Eropah Cecilia Malmstrom, yang bakal mengiringi Juncker, berkata minggu lalu bahawa EU sedang menyiapkan senarai produk A.S. sekiranya Amerika Syarikat tetap dengan rancangan mengenakan tarif.

Di samping itu, Juncker dikatakan tidak akan tiba di Washington dengan tawaran perdagangan tertentu.

Walau bagaimanapun, penasihat ekonomi White House, Larry Kudlow memberikan kenyataan bertentangan setelah beliau menjangkakan Juncker akan tiba dengan tawaran perdagangan yang penting.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini