Sime Darby Property Bhd (SDPB) melantik bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi baharunya berkuatkuasa semalam.

Zeti yang kini memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara pada 30 Jun 2018.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Amrin Awaluddin, mengatakan bahawa kehadiran Zeti memperkukuh komitmen PNB ke atas bekas gabenor itu serta perjalanan transformasinya.

“Kami berharap dapat bekerja di bawah kepimpinan Zeti dalam memajukan syarikat pada masa hadapan dan merealisasikan nilai kepada pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat tersebut turut melantik Datin Norazah Mohamed Razali sebagai pengerusi baharu jawatankuasa pencalonan dan pengiraan, menggantikan Datuk Rohana Mahmood yang meletak jawatan pada 30 Jun 2018. – BERNAMA

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini