Setelah berbulan-bulan bertukar pujian jarak jauh, Donald Trump dan Vladimir Putin bersemuka pada hari Isnin bagi sidang kemuncak pertama mereka, mewujudkan sentimen politik bagi presiden A.S. tetapi kemenangan geopolitik untuk rakan sejawatnya di Rusia.

Kedua-dua pihak menjangkakan kejayaan besar daripada perbincangan di ibu kota Finland itu.

Perjanjian untuk memulakan pembaikpulihan hubungan A.S.-Rusia yang telah rosak dan mungkin perjanjian untuk memulakan perbincangan mengenai isu-isu seperti kawalan senjata nuklear dan Syria bakal menjadi fokus utama mereka.

Menjelang sidang kemuncak tersebut, kedua-dua pihak bagaimanapun menyatakan bahawa mereka tidak menaruh harapan tinggi terhadap sebarang kejayaan melainkan jika ada persetujuan untuk memperbaiki semula komunikasi yang terputus.

Bagi Putin, ia menunjukkan bahawa Washington mengakui Moscow sebagai kuasa besar yang kepentingannya harus dipertimbangkan sekaligus menjadi petanda kuat bahawa usaha Barat untuk mengasingkan Moscow gagal.

Walau bagaimanapun bagi Trump, kemenangan White House secara aktif disokong oleh 12 perisik tentera Rusia, menurut dakwaan A.S. yang baru-baru ini, dan rombongannya masih sedang disiasat kerana mungkin bersekutu dengan Moscow dan menyebabkan pertemuan itu berkemampuan menjadi risiko politik dalam negeri.

Siasatan terhadap tuduhan melakukan campur tangan Rusia pada pilihan raya presiden A.S. 2016 telah menggugat kepimpinan Trump. Beliau juga telah menafikan sebarang campur tangan dengan Rusia ketika kempennya dan Rusia menafikan bahawa ia bertindak sedemikian.

Secara amnya, pelabur kini memberi fokus kepada peristiwa tersebut memandangkan ia mampu memberi kesan geopolitik ke atas pasaran dan berkemampuan menyebabkan ketidakpastian pasaran.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini