Pertumbuhan ekonomi China kekal kukuh, memberikan dorongan kepada penggubal dasar di tengah-tengah konflik perdagangan dengan A.S. yang semakin meningkat.

Produk domestik kasar meningkat 6.7% pada suku kedua berbanding tahun sebelumnya, bertepatan dengan unjuran namun sedikit susut daripada kadar 6.8% pada suku sebelumnya.

Output perindustrian naik 6% bulan lalu dari tahun sebelumnya, berbanding ramalan 6.5% manakala jualan runcit meningkat 9% pada bulan Jun, mengatasi sasaran 8.8% disusuli oleh pelaburan aset tetap yang meningkat 6% dalam tempoh enam bulan pertama, sama seperti ramalan.

Secara amnya, kadar pengangguran bulanan di bandar mencatat bacaan 4.8% pada akhir bulan Jun.

Ekonomi yang kukuh memberikan sokongan kepada dua aspek dasar polisi:

  1. Menghadapi potensi kesan negatif halangan yang lebih tinggi untuk berdagang dengan A.S.
  2. Meneruskan kempen bertahun-tahun untuk mengawal hutang dan membersihkan sistem kewangan.

Pada pasaran dagangan matawang hari ini, AUD / USD yang sensitif terhadap sentimen dan data rakan dagangan utamanya menujukkan respons dan didagangkan pada paras 0.7421 manakala pasangan USD / CNY didagangkan pada 6.6889.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini