Harga minyak susut hari ini disebabkan oleh kebimbangan gangguan bekalan yang semakin berkurangan dan aktiviti eksport di pelabuhan Libya yang diteruskan semula.

Di samping itu, pedagang juga mengintai peluang peningkatan bekalan oleh Rusia dan pengeluar minyak yang lain. Namun, bekalan global kekal tidak berubah berikutan pelabur lebih berhati-hati terhadap kesan kerugian daripada pengeluaran di beberapa negara pengeksport.

Penganalisis di Samsung Futures, Kim Kwang-rae mengatakan bahawa “Terdapat petunjuk bekalan bercampur-campur”. 

Minyak mentah Brent jatuh 30 sen pada $75.03 setong manakala minyak mentah WTI susut 50 sen kepada $70.51 setong.

Gangguan bekalan di Libya serta tindakan protes di Norway dan Iraq telah menolak harga minyak mentah ke paras tinggi minggu lalu meskipun harga masih ditutup rendah bagi minggu kedua berturut-turut.

“Russia dan pengeluar minyak utama yang lain mungkin meningkatkan bekalan sehingga satu juta tong sehari (bpd) atau lebih jika kekurangan bekalan melanda pasaran minyak global, kata Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak, Jumaat lalu.

“Jika kita memerlukan lebih satu juta bpd, saya tidak menolak perkara itu akan dibincangkan lebih cepat dan mendapatkan keputusan dengan segera,” tambahnya.

Pengeluaran minyak di Sharara Libya dijangka merosot sekurang-kurangnya 160,000 tong sehari (bpd), selepas dua kakitangannya diculik dalam serangan oleh kumpulan yang tidak dikenali, menurut National Oil Corporation pada Sabtu.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini