Import China bagi bulan Jun susut kepada 14.1%, lebih rendah daripada jangkaan penurunan 20.8% manakala eskport China melonjak kepada 11.3% menjangkau sasaran 10.0% pasaran.

Imbangan perdagangan (trade balance) bagi bulan Jun pula melaporkan kenaikan ketara kepada 41.6 Bilion, mengatasi jangkaan peningkatan 27.9 Bilion.

Pada masa yang sama, memberi respons terhadap retorik perdagangan A.S.-China adalah Menteri Luar China, Zhang Jun yang mengatakan bahawa tuduhan Amerika Syarikat terhadap China mengenai perdagangan tidak berasas dan tindakan Washington tidak disokong oleh masyarakat antarabangsa.

Pasangan matawang AUD / USD yang berkait rapat dengan data rakan dagangan utamanya dibuka lebih tinggi pada awal sesi dagangan Asia hari ini setelah naik 0.1% kepda 0.7416.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini