Bencana alam banjir yang melanda Jepun dilaporkan memberi kesan ke atas ekonomi negara tersebut dengan signifikan.

Bencana tersebut membabitkan kematian lebih 200 rakyat yang dikatakan terkandas termasuk yang hanyut ketika ribut melanda.

Tidak terkecuali, pasaran matawang Jepun juga merosot berbanding dolar disusuli matawang utama yang lain sejak bencana tersebut dilaporkan mengganggu ekonominya.

USD / JPY susut lebih 0.07%.

Pada masa yang sama, matawang utama lain yang berpasangan dengan Yen Jepun turut terpalit dengan ketara.

Walaubagaimanapun,  Yen Jepun dan ekonomi Jepun lebih cenderung untuk pulih di dalam jangka masa pendek.

CAD / JPY didagangkan di paras 85.380 sehingga jam 10 malam tadi manakala GBP / JPY didagangkan pada 148.280 disusuli oleh EUR / JPY didagangkan pada paras 131.405.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini