Amerika Syarikat telah mengumumkan senarai tarif $ 200 bilion dalam produk China yang bakal dikenakan tarif 10% tambahan, memenuhi janji Presiden Trump untuk meningkatkan lagi retorik perdagangan yang meruncing di antara AS dan China.

Di samping itu, seorang wakil pegawai Amerika Syarikat dilaporkan memberitahu CNBC bahawa China tidak serius di dalam rundingan perdagangan setelah membalas kembali tarif ke atas barangan A.S. sebagai tanda protes terhadap Trump.

Wakil Perdagangan A.S., Robert Lighthizer turut melaporkan bahawa selama lebih setahun pentadbiran Trump berusaha untuk melakukan runcingan adil dengan China namun respons yang diberikan terhadap A.S. adalah dikategorikan sebagai tidak serius.

Kenyataan tersebut mengejutkan pasaran saham yang merosot didahului dengan penyusutan pasaran China sekaligus mendorong pegawai kementerian perdagangan kanan China untuk memberi amaran bahawa Amerika Syarikat merosakkan pertumbuhan perdagangan global.

S & P 500 dan Dow berjangka merosot sekitar 1 peratus, menunjuk kepada pembukaan lemah di Wall Street pada Rabu.

Bagi pasaran matawang, USD / JPY direkodkan jatuh 0.60% kepada 111.041 disusuli oleh AUD / USD yang menjunam ke paras 0.7408 daripada paras tinggi 0.7473.

Indeks dolar, yang mengukur kekuatan matawang dolar A.S. naik 0.09% ke paras 94.24 berbanding junaman ke paras 93.7 sebelum pengumuman tersebut dilakukan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini