Harga minyak jatuh setelah Washington mengancam untuk mengenakan tarif perdagangan baru ke China, hanya beberapa hari selepas kedua-dua negara meningkatkan lagi kehangatan retorik dagangan sedia ada.

A.S. berkata ia akan mengenakan tarif ke atas import bernilai lebih 200 bilion dolar China serta Presiden Donald Trump memberi amaran terlebih dahulu bahawa negaranya mungkin akhirnya mengenakan tarif ke atas import bernilai lebih dari $ 500 bilion dari China.

Minyak mentah WTI  bagi penghantaran bulan Ogos didagangkan pada paras $ 73.67 setelah turun 0.6% manakala Niaga Hadapan minyak mentah Brent bagi penghantaran pada bulan September, yang didagangkan di London, juga turun 0.81% kepada $ 78.22 per barel.

Posisi pasaran yang bearish ini juga didorong oleh berita mengenai Setiausaha Negara A.S., Mike Pompeo yang mengatakan bahawa White House bakal mempertimbangkan untuk melanjutkan pelepasan sekatan kepada beberapa pembeli minyak minyak Iran melebihi tarikh akhir yang diumumkan sebelum ini.

Kenyataan Pompeo adalah sangat berbeza dengan komen dari Jabatan Negara A.S. hanya dua minggu lalu. Harga minyak juga diturunkan oleh jangkaan untuk kenaikan harga berterusan dalam pengeluaran A.S.

Pasaran matawang yang sering menunjukkan kolerasinya terhadap pasaran komoditi,
USD / CAD turut mempamerkan kelemahan setelah naik 0.21% ke paras 1.3138 hari ini berbanding 1.3150 sebelum laporan tersebut dikeluarkan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini