Facebook Inc. laman web rangkaian sosial yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2004, telah berkembang menjadi sebuah syarikat gergasi setelah mengaut keuntungan yang signifikan pada tahun 2010, beliau kemudiannya mengapungkan IPO pada tahun 2012.

Syarikat tersebut mempunyai jumlah dagangan lebih daripada $ 458 bilion pada April 2018.

Sejak penubuhannya juga, Facebook telah membeli banyak syarikat yang berbeza, yang paling terkenal ialah Instagram pada tahun 2012 dan WhatsApp pada tahun 2014.

Mari kita lihat syarikat-syarikat teratas yang telah diperoleh oleh Facebook selama ini.

Penambahbaikan Facebook Inc. 

Bagi menambahbaik teknologi sedia ada, Mark bertindak mendapatkan dua syarikat utama teknologi yang tidak asing bagi meningkatkan keefisianan perkhidmatannya.

#1 Karma
Karma adalah perkhidmatan pemberian hadiah yang telah digunakan untuk membangunkan “Gifts” Facebook.

#2 face.com
face.com mempunyai teknologi terkini yang menggunakan Facebook untuk mengenali wajah (Face Recognition) dan mencari rakan anda setiap kali anda memuat naik gambar baru.

Perolehan Bakat 

Facebook tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa jurutera perisian yang mencabar diri mereka untuk mencipta teknologi baru. Bermula pada tahun 2007, Facebook memulakan strategi baru dengan merebut bakat yang dimiliki staf syarikat lain.

#3 Nextstop
Nextstop adalah laman web yang menggunakan cadangan sosial untuk meningkatkan pengalaman perjalanan pengguna.

#4 Drop.io
Drop.io adalah perkhidmatan pertukaran fail yang berkongsi ciri dengan aplikasi DropBox.

#5 Hot Potato
Hot Potato adalah laman yang membolehkan pengguna “check-in” (location check-in) di suatu lokasi atau acara.

“Mobile Strategy” 

Laman rangkaian sosial hari ini mesti mempunyai platform mudah alih. Namun, apabila Facebook mula ditubuhkan, kebanyakan individu tidak mempunyai telefon bimbit, dan tiada siapa yang mempunyai iPhone.

#6 Instagram
Ia kemudiannya berubah pada tahun 2012 setelah Facebook membayar $ 1 Bilion untuk mendapatkan Instagram. Pengambilalihan tersebut membolehkan pelabur mengetahui bahawa Facebook tidak berada di belakang pasaran dan bersedia untuk memacu revolusi teknologi mudah alih.

#7 Whatsapp
Pada tahun 2014, Facebook membeli WhatsApp dengan harga $ 19 bilion.

Kedua-dua pembelian mungkin tidak menguntungkan secara teknikal tetapi ia sangat berharga kepada Facebook dari segi data peribadi dan sebagai bukti bahawa syarikat itu kekal berada di dalam “circle” teknologi.

Kepelbagaian (Diversification)

Facebook kini telah memasuki fasa matang, pengurusan perlu mencari cara baru untuk menghasilkan wang. Strategi Facebook untuk mengembangkan pendapatan adalah melalui kepelbagaian (diversify).

Sejak 2014, Facebook telah membuat pengambilalihan yang jauh di luar bidang apa yang anda harapkan sebuah syarikat rangkaian sosial untuk dibeli.

#8 Oculus VR 

Oculus VR telah diambil alih oleh Facebook pada tahun 2014 dengan untuk meningkatkan pendapatannya.  Ia merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan alat dengar realiti maya (virtual reality headsets).

#9 Ascenta

Ascenta pula merupakan pembuat drone yang dirancang oleh Facebook dengan objektif memberi lingkungan rangkaian internet ke tempat terpencil di dunia.

#10 ProtoGeo Oy

Dan akhirnya, ProtoGeo Oy digunakan untuk membantu Facebook memasuki pasaran pemantauan kecergasan dan kesihatan syarikat.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini