Ekonomi UK berkembang pada kadar perlahan bagi bulan Mei, meningkatkan jangkaan bahawa Bank of England  bakal menaikkan kadar pada pertemuan bulan Ogos yang akan datang.

Jabatan Statistik Kebangsaan berkata ekonomi meningkat 0.3% dari bulan ke bulan pada bulan Mei, pulih daripada kelembapan mendadak pada awal tahun ini, di mana pertumbuhan hanya merekodkan 0.2% dalam tempoh tiga bulan hingga bulan Mac.

Anggaran selama tiga bulan menunjukkan bahawa ekonomi meningkat 0.2% dalam tempoh tiga bulan hingga Mei, mencerminkan pertumbuhan yang lebih perlahan dari bulan-bulan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, data keluaran pembuatan bagi Jun sedikit mengecewakan setelah merekodkan bacaan yang tersasar daripada jangkaan dengan catatan 0.4% daripada sasaran 0.9%.

GBP / USD kini didagangkan pada 1.3444 setelah turun sebanyak 0.08% sehingga jam 5 petang tadi.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini