Retorik dagangan bakal menjadi pemacu utama sentimen pada minggu ini memandangkan para pelabur melihat perkembangan selanjutnya di tengah-tengah ketegangan dagangan yang meruncing di antara A.S. dan rakan dagangan utamanya.

Minggu ini juga bakal menjadi permulaan musim pendapatan suku kedua di Wall Street, di mana penganalisis berharap dapat mengalihkan fokus pasaran dari perdagangan dan meletakkannya pada keuntungan korporat yang kukuh.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa news utama yang menjadi fokus pedagang.

#1 Data Inflasi A.S. – Khamis (8:30 malam)

Penganalisis pasaran menjangkakan bahawa data inflasi merekodkan bacaan 0.2%, selepas kenaikan pada kadar yang sama pada bulan Mei, manakala inflasi teras dijangka mencecah paras lebih tinggi sebanyak 0.2%, sama seperti kenaikan sebulan lebih awal.

Peningkatan inflasi bakal menjadi pemangkin utama bagi memacu The Fed ke arah menaikkan kadar faedah pada kadar yang lebih cepat berbanding jangkaan.

#2 Data Dagangan China – Jumaat (11:00 pagi)

Penganalisa meramalkan peningkatan lebihan perdagangan negara kepada $ 27.2 bilion bulan lalu daripada $ 24.9 bilion manakala eksport dijangka meningkat 10.2% berbanding tahun sebelumnya, sementara import dijangka meningkat 22.0%.

#3 Keputusan Kadar Bank of Canada – Rabu (10:00 malam)

Keputusan kadar faedah terbaru Bank of Canada dijangka dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 1.5%.

Kanada telah menambah 31,800 pekerjaan pada bulan Jun, sementara kadar pengangguran meningkat kepada 6.0% daripada 5.8% apabila lebih banyak orang mencari pekerjaan.

#4 Laporan Pertumbuhan Ekonomi UK – Selasa (4:30 petang)

UK juga akan mula menerbitkan bacaan KDNK bulanan sebagai tambahan kepada siri suku tahunan biasa.

Data KDNK tersebut terdiri daripada bacaan bulan ke bulan dan angka tiga bulan bagi bulan Mei manakala data ekonomi penting lain adalah pengeluaran perindustrian, imbangan perdagangan dan output pembinaan.

#5 Mesyuarat Dasar Polisi ECB – Khamis (7:30 petang) 

Pedagang akan mengalihkan perhatian mereka kepada mesyuarat dasar ECB bagi bulan Jun berikutan berita bahawa beberapa pegawai sedang melihat bulan September atau Oktober tahun depan sebagai masa yang lebih sesuai untuk memulakan kenaikan kadar, bukannya Disember 2019.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini