Pakatan kerajaan Canselor Jerman, Angela Merkel berdepan masa depan tidak menentu ketika Menteri Dalam Negeri konservatifnya, Horst Seehofer menawar diri untuk meletak jawatan semalam selepas beberapa minggu berbalah berkaitan polisi migrasi.

Seehofer memberitahu pemimpin parti konservatif Bavarian CSU bahawa beliau mahu meletak jawatan sebagai kedua-dua ketua parti dan menteri dengan mengatakan beliau tidak mendapat sokongan.

Namun ketua kumpulan Parlimen CSU, Alexander Dobrindt enggan menerima peletakan jawatan Seehofer.

Kekurangan penjelasan daripada kem Bavarian menimbulkan persoalan mengenai masa depan gabungan pemerintah Merkel di antara pakatan CDU-CSU dan Parti Demokratik Sosial (SPD) berhaluan kiri.

Pada masa yang sama, jika Seehofer benar-benar meletak jawatan, CSU masih dapat menawarkan penggantian jawatan Menteri Dalam Negeri jika ia kekal dengan pakatan parti CDU pimpinan Merkel.

Secara alternatifnya, ia mungkin memecahkan perkongsian panjang selama berdekad oleh dua parti, menenggelamkan harapan Merkel memperoleh majoriti dalam Parlimen dan membawa Jerman ke kancah persekitaran politik tidak menentu. -sumber AFP

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini