Majoriti stok Asia merosot berikutan kebimbangan mengenai potensi kesan sekatan perdagangan global manakala Dolar dan hasil Perbendaharaan dilihat stabil.

Indeks dolar A.S., yang mengukur kekuatan matawang A.S. dilaporkan naik 0.4% pada sesi Asia hari ini.

Secara keseluruhannya, pasaran kewangan global sesi Asia sehingga jam 10 pagi hari ini masih dikuasai oleh dolar A.S.

Pasangan matawang AUD / USD turun ke paras 0.736 pada awal dagangan hari ini manakala NZD / USD merosot 0.51% ke paras 0.6815 meskipun data lebihan dagangan yang dikeluarkan adalah positif.

Pelabur yang memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan yang semakin memburuk kini sedang menantikan penjelasan daripada White House mengenai rancangannya.

Presiden Donald Trump memberikan isyarat bahawa beliau mungkin mengurangkan pendekatan konfrontatif bagi membendung pelaburan China, setelah mengeluarkan laporan awal bahawa A.S.  bakal menyekat wang China di dalam teknologi tertentu.

Di samping itu, pound stabil pada sesi dagangan Asia hari ini setelah ahli Bank of England, Haskel mengeluarkan kenyataan bernada dovish mengenai risiko menaikkan kadar faedah yang terlalu pantas.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini