Kebimbangan terhadap halangan global yang lebih tinggi bagi perdagangan mengekalkan  pasaran saham Eropah di bawah tekanan pada hari Rabu, sejajar dengan peningkatan retorik dagangan yang melanda pasaran ekuiti secara keseluruhannya.

Harga saham STOXX 600 jatuh 0.3% didahului oleh stok automotif yang sekali lagi mencatat prestasi paling buruk dengan kejatuhan 0.9% sekaligus memacu penurunan DAX Jerman sebanyak 0.5%.

Turut serta di dalam kemerosotan tersebut adalah stok automotif iaitu BMW (DE: BMWG), Volkswagen (DE: VOWG_p) dan Daimler (DE: DAIGn).

Pelabur mengatakan bahawa sikap protectionism yang ditunjukkan oleh ekonomi gergasi tersebut bakal menyebabkan recession tidak lama lagi serta menyebabkan kemelesetan jumlah dagangan ekoran pengurangan pengeluaran disebabkan tariff.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini