#1 Peningkatan Kebimbangan Mengenai Ketegangan Dagangan Di Antara Dua Ekonomi Terbesar 

Peningkatan retorik perdagangan semakin meruncing selepas Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada rakan dagangnya untuk menamatkan semua halangan perdagangan atau menerima tindakbalas yang baru.

Trump pada hari Jumaat mengancam untuk mengenakan tarif 20% ke atas semua kereta yang diimport dari Kesatuan Eropah (EU). Namun, EU membalas dengan mengatakan bahawa ia tidak mempunyai pilihan lain selain melakukan tindak balas terhadap langkah sedemikian.

Para pelabur dan pedagang bimbang bahawa ancaman tarif A.S. yang lebih tinggi dan tindakan balas oleh negara lain mampu menjejaskan pertumbuhan global secara serentak.

#2 Presiden Donald Trump Mensasarkan Pelaburan China

Donald Trump merancang untuk menyekat kebanyakan syarikat China daripada melabur dalam teknologi A.S. serta eksport teknologi tambahan ke China dengan sekurang-kurangnya 25% pemilikan China daripada membeli syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri teknologi yang signifikan.

Kedua-dua langkah tersebut akan diumumkan pada akhir minggu ini dengan tujuan untuk melawan Beijing Made in China 2025, satu inisiatif China untuk menjadi pemimpin global dalam teknologi.

Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdagangan merancang kawalan eksport yang lebih ketat dan tidak akan membenarkan industri teknologi utama dieksport ke China.

#3 Pasaran Saham Terkesan Dengan Ketara Disebabkan Kekacauan Politik Tersebut

Saham A.S. mengalami selloff sejak April, didorong oleh saham teknologi setelah China dan Eu mengeluarkan amaran berkaitan ketegangan dagangan tersebut.

Harley Davidson berkata bahawa ia mungkin memindahkan pengeluarannya dari A.S. bagi mengelak tarif.

Dow Jones Industrial Average jatuh bagi sembilan hari berturut-turut disusuli oleh Intel, Boeing dan Caterpillar.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini