Pound dilaporkan berada di bawah tekanan setelah ahli MPC Bank of England, Jonathan Haskel berkata mungkin terdapat lebih banyak kemelesetan di dalam ekonomi UK, yang bakal menggugat rancangan kenaikan kadar faedah.

Beliau menambah bahawa bank pusat mempunyai skop untuk mengurangkan kadar sedikit rendah sekiranya berlaku kemerosotan ekonomi.

Ekoran kenyataan dovish beliau, GBP / USD jatuh 0.35% ke paras $ 1.32272 sehingga jam 6.30 petang tadi.

Jonatahan Haskel dijadualkan mengganti Ian McCafferty pada 1 September ini.

Pada masa yang sama, pelabur memberi tumpuan kepada Haskel bagi mendapatkan isyarat lanjut mengenai pendirian beliau sama ada bercanggah dengan McCafferty mahupun tidak sekaligus memperoleh gambaran secara menyeluruh mengenai pengetatan dasar monetari Bank of England. 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini