Saham Asia berada di bawah tekanan pada hari Jumaat setelah ketegangan perdagangan di antara A.S. dan China serta beberapa negara lain mula mengganggu keuntungan korporat, dengan harga minyak yang mula mempamerkan ketidakstabilan menjelang pertemuan pengeluar utama untuk membincangkan peningkatan pengeluaran.

Indeks MSCI Asia Pasifik di luar Jepun bagaimanapun kekal mendatar pada awal dagangan manakala Nikkei N225 Jepun merosot 1.0%.

Di Wall Street, Dow Jones Industrial Average jatuh bagi lapan sesi berturut-turut dengan
S & P 500 jatuh 0.63% disusuli oleh Nasdaq Composite yang mengalami penurunan 0.88%.

Ahli ekonomi menjangkakan bahawa kemerosotan dalam keadaan perniagaan disumbang oleh ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan rakan dagangannya, termasuk Kesatuan Eropah, Kanada, Mexico dan Jepun.

Dalam dagangan lokal, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 11.60 mata pada 1,680.72 berbanding 1,692.32 penutup Khamis pada 9.06 pagi ini.

Meskipun terdapat tanda-tanda ketidakstabilan ekonomi, ketegangan perdagangan bagaimanapun masih tidak mengalah.

Setiausaha Perdagangan A.S., Wilbur Ross, pada hari Khamis mengatakan bahawa Amerika Syarikat perlu menjadikannya lebih sukar bagi rakan dagangannya untuk mempunyai halangan perdagangan yang tinggi bagi mencapai matlamat utama Presiden Donald Trump untuk tarif yang lebih rendah.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini