Euro meningkat pada hari Jumaat setelah aktiviti perniagaan Perancis dilaporkan lebih kukuh berbanding jangkaan pada bulan Jun.

EUR/USD meningkat ke paras tertinggi hari ini sehingga $ 1.1674 manakala secara  mingguan, ia merekodkan kenaikan 0.5%, memecah kejatuhan minggu lepas.

Sentimen ke arah euro juga dirangsang oleh kenaikan sentimen risiko secara keseluruhan  dengan keuntungan saham Asia manakala pengukuhan matawang dolar Australia dan dolar New Zealand. 

Lantunan euro menekan dolar ke paras lebih rendah berbanding matawang utama lain dengan dolar turun 0.2% kepada 94.58.

Pada masa yang sama, Sterling terakhir didagangkan pada $ 1.3284, mengukuh setelah mengalami kenaikan pada hari Khamis selepas Ketua Ekonomi Bank of England, Andy Haldane secara mengejut menyertai minoriti penggubal dasar yang menyeru pengekalan kadar kepada 0.75%, disebabkan oleh kebimbangan mengenai peningkatan tekanan gaji.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini