Saham Telekom Malaysia Bhd (TM) jatuh ke paras terendah dalam tempoh beberapa tahun pada RM3.20, setelah kerajaan mengumumkan rancangan mengurangkan harga jalur lebar sekurang-kurangnya 25% menjelang akhir tahun ini.

Sehingga tengahari ini, TM susut 11.02% kepada RM3.23, menjadikan harga sahamnya terendah sejak akhir 2011.

Penurunan saham TM juga menjejaskan FBMKLCI, yang susut ke bawah paras sokongan 1,700 mata pagi tadi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo semalam berkata bahawa penurunan harga jalur lebar berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lalu yang berkuatkuasa 1 Januari 2018.

Ia mengenakan harga siling borong bagi pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan syarikat telekomunikasi di pasaran.

Sumber : BursaMarketplace

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini