Ringgit didagangkan rendah berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan pengukuhan matawang negara tersebut yang mengakibatkan peningkatan sentimen optimis berhubung kadar faedah yang lebih tinggi di negara itu.

Pada jam 11.30 pagi, ringgit didagangkan pada 4.0110 berbanding dolar AS daripada 4.0040/0070 sewaktu ditutup semalam.

Pedagang berkata bahawa ketegangan dagangan di antara AS dan China yang menyebabkan penggiat pasaran mengelak risiko, terutamanya bagi matawang negara membangun, akan terus memberi tekanan terhadap sentimen pelabur pada hari ini.

Pada masa yang sama, berbanding matawang lainnya, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah kecuali yen Jepun yang meningkat kepada 3.6290/6327 berbanding 3.6354/6391 pada hari Rabu.

Ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9473/9504 daripada 2.9465/9491, rendah berbanding pound Britain kepada 5.2751/2807 daripada 5.2677/2720 dan merosot berbanding euro kepada 4.6357/6404 daripada 4.6298/6349.

sumber BERNAMA

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini