Dolar naik ke paras tertinggi sebelas bulan berbanding matawang utama pada hari Khamis, disokong oleh jangkaan kenaikan kadar yang lebih pantas pada tahun ini, manakala pound berada di paras terendah menjelang mesyuarat Bank of England.

Indeks dolar A.S., yang mengukur kekuatan dolar terhadap sekumpulan enam matawang utama, meningkat 0.20% kepada 94.98 setelah permintaan dolar disokong kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell pada hari Rabu.

Dolar juga disokong oleh sentimen risiko yang berpunca daripada ketegangan perdagangan yang semakin  meruncing di antara A.S. dan China.

Matawang A.S. direkodkan lebih tinggi berbanding yen, dengan USD / JPY naik 0.25% kepada 110.64, meneruskan pemulihan dari paras rendah satu minggu sebanyak 109.54 yang dicecah pada hari Selasa.

Manakala Euro didagangkan sedikit rendah, dengan EUR / USD meleset 0.18% kepada 1.1553.

Sterling juga dilaporkan lemah, dengan GBP / USD berada pada pada 1.3142.

Pada masa yang sama, dolar Australia sedikit berubah mendekati paras terendah dalam 13 bulan dengan AUD / USD berada pada paras 0.7365 manakala Dolar New Zealand mencatatkan paras terendah enam bulan baru selepas data menunjukkan bahawa ekonomi perlahan pada suku pertama menggariskan jangkaan bahawa bank pusat negara itu akan mengekalkan kadar faedah bagi jangka masa yang lama.

NZD / USD terakhir direkodkan berada pada 0.6843 selepas jatuh serendah 0.6826.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini