Bithumb berkata pada hari Rabu ia menangguhkan semua urus niaga sama ada pengeluaran dan deposit setelah syarikat tersebut menjadi mangsa godaman terbaru dengan catatan kerugian kira-kira $ 31 juta, bersamaan dengan 35 bilion won.

Pertukaran itu membuat pengumuman tersebut setelah mengetahui tentang aset digital yang hilang di antara hari Selasa petang dan Rabu pagi.

Bagaimanapun, Bithumb belum mendedahkan mengenai matawang kripto mana yang digodam sebaliknya memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa mereka akan dibayar balik dengan rizabnya sendiri.

Bagi menghalang serangan dan kerugian selanjutnya, Bithumb berkata ia telah memindahkan asetnya ke cold wallet, sebuah ekosistem di luar talian yang tidak boleh diakses melalui internet.

Pada masa yang sama, platform tersebut menggesa para pelanggannya untuk segera menghentikan penyebaran kriptografi sehingga notis selanjutnya.

Ketika godaman tersebut berlaku, Bitcoin kehilangan $ 8.23 bilion dari nilai pasarannya, menekankan sifat tidak menentu perdagangan matawang digital.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini