Pasaran kewangan global mengalami volatiliti semalam setelah ditekan beberapa sentimen risiko A.S. dan Brexit.

#1 Penandatanganan Dokumen Komprehensif Trump-Kim

Presiden A.S., Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah bersetuju untuk berkerjasama ke arah denuklearisasi di semenanjung Korea sementara Washington komited bagi menyediakan jaminan keselamatan terhadap musuh lamanya itu.

Komen dan reaksi dominan beliau memberi kesan ke atas matawang dolar di kedua-dua sesi dagangan, Asia dan Amerika.

#2 Fokus Mesyuarat Dasar Rizab Persekutuan 

Setelah mengakhiri sidang kemuncak semalam, pelabur kini memberi tumpuan kepada penetapan dasar yang baru oleh The Fed setelah Jerome Powell dikatakan bakal mengumumkan kenaikan kadar faedah suku tahunan kali kedua tahun ini dengan tujuan menormalkan dasar monetarinya.

The Fed dijangka menaikkan kadar daripada 1.75% kepada 2.0%, menghampiri sasaran bank.

#3 Tumpuan Terhadap Brexit 

Isu Brexit kembali menekan pasaran setelah penggubal undang-undang House of Commons bakal memulakan perbahasan pindaan House of Lords kepada rang undang-undang yang membawa U.K keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

15 pindaan termasuk langkah untuk menjaga negara yang berada dalam Kesatuan Eropah.

Sterling yang naik setelah disokong data positif pasaran buruh kembali berada di bawah tekanan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini