Mesyuarat The Fed akan berlangsung pada hari Khamis jam 2:30 pagi waktu tempatan bagi memberi tumpuan kepada kenaikan Interest Rate disusuli oleh mesyuarat European Central Bank (ECB) pada jam 7:45 petang.

Saham Asia bercampur berikutan sesi dagangan yang kurang bersemangat di Amerika Syarikat, para pedagang dan pelabur luar dan dalam negara kini lebih memfokuskan kepada bank-bank pusat seperti Federal Reserve dan European Central Bank untuk mendapatkan maklumat tentang kenaikan Interest Rate. Dilaporkan bahawa ECB akan memberi kenyataan Hawkish pada hari Khamis.

Saham Jepun meraihkan keuntungan sederhana ekoran penurunan yen, manakala pasaran ekuiti merundum di Australia dan Hong Kong. Saham China dan ZTE Corp juga jatuh namun masih berada dalam kawalan had hariannya selepas bersetuju untuk membayar denda sebanyak $ 1 bilion.

 

Saham-saham utama Asia secara amnya didagangkan bercampur dengan Indeks Topix Jepun naik 0.4 % manakala Indeks S & P / ASX 200 Australia kehilangan 0.5% disusuli oleh Indeks CSI 300 China turun 0.7% manakala matawang Yen merundum 0.3%  kepada 110.65.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini