Bacaan inflasi harga pengguna di UK berjumlah 2.4% pada Mei 2018, kekal mendatar daripada tahun sebelumnya bertepatan dengan jangkaan pasaran.

Pada masa yang sama, inflasi teras tidak berubah pada 2.1%.

GBP / USD memberi respons negatif terhadap data tersebut setelah jatuh 0.37% ke paras 1.33210 sehingga jam 5 petang tadi.

Harga pengangkutan melonjak 4.7% pada bulan Mei, setelah mengalami kenaikan 2.4% pada bulan sebelumnya manakala harga meningkat pada kadar yang lebih baik bagi rekreasi dan budaya dengan 2.6% berbanding 3.5% pada bulan April.

Sektor perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain bagaimanapun susut 1.5% berbanding 2.1% disusuli oleh penyusutan sektor restoran dan hotel dengan 2.6% daripada 2.7% manakala makanan dan minuman bukan alkohol mencatat kemerosotan 2.3% berbanding 2.7%.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini