Presiden A.S., Donald Trump telah mengejutkan pasaran dengan pengumuman konsesi terhadap Korea Utara bahawa beliau akan menamatkan latihan perang dengan Korea Selatan.

Di sidang media setelah mengadakan pertemuan bersejarah bersama Kim Jong Un, Trump mengumumkan bahawa tindakan yang diklasifikasikan sebagai provokatif dan latihan ketenteraan yang berkos tinggi, ditamatkan.

Kenyataan tersebut secara automatik mendapat reaksi dari negara sekutunya, Korea Selatan dan Jepun.

Kementerian Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera menyuarakan bahawa kehadiran tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan dan latihan ketenteraan bersama adalah penting bagi keselamatan di Asia Timur.

Beliau menambah bahawa, “Kami ingin memahami perkara ini dengan mengadakan perbincangan di antara Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan,” kata Itsunori Onodera kepada wartawan.

Onodera berkata bahawa Jepun bakal meneruskan latihan ketenteraan bersama dengan Amerika Syarikat, selain meneruskan rancangan untuk memperluaskan sistem pertahanannya, bagi menghadapi ancaman serangan peluru berpandu daripada Korea Utara. – Reuters

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini