Pasangan AUD/USD turun menghampiri ke paras terendah yang direkodkan pada awal bulan Jun 0.75282 berikutan peristiwa pertemuan dua pemimpin dunia iaitu Presiden Donald Trump dan Kim Jong Un di Singapura semalam.

Sementara itu, Gabenor RBA, Philip Lowe berkata dalam ucapannya “Tiada sebarang perubahan kadar faedah buat masa ini, tiada penurunan tetapi bukan untuk jangka masa pendek dan sebarang kenaikan masih tiada kata putus.

Lowe, yang dijemput untuk memberi ucapan bersama Austrilia Industry Group (AI Group) juga berkata walaupun pertumbuhan KDNK kelihatan kukuh, tiada sebarang peningkatan produktiviti buruh selama dua tahun.

Pada dagangan Asia juga, USD/JPY naik menghampiri harga tertinggi bagi pertengahan bulan Mei di paras 111.348.

Indeks AS Dolar yang mengukur kekuatan greenback terhadap enam matawang utama naik ke paras 93.89 setelah berada di paras 93.51 semalam.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini