Kadar pengangguran di UK mencatat jumlah 4.2% dalam tempoh tiga bulan sehingga April 2018, kekal mendatar daripada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.

Pada masa yang sama, terdapat 32.39 juta orang bekerja, 146,000 lebih daripada November 2017 sehingga Januari 2018 dan 440,000 lebih daripada setahun yang lalu.

Kadar pekerjaan adalah 75.6% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan bacaan 74.8% manakala terdapat 1.42 juta orang yang menganggur, 38,000 kurang daripada November 2017 sehingga Januari 2018 dan 115,000 kurang berbanding setahun sebelumnya.

 

Anggaran terkini juga menunjukkan bahawa purata pendapatan mingguan bagi pekerja di U.K meningkat sebanyak 2.8% tidak termasuk bonus, dan 2.5% termasuk bonus, berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, GBP / USD dilihat memberi respons positif terhadap data tersebut dengan pengukuhan ke paras 4 1.33953 sehingga jam 4.45 petang tadi.

EUR / USD juga dilaporkan naik 0.06% ke paras $ 1.1789 di tengah-tengah ucapan Presiden Donald Trump setelah menandatangani perjanjian bersama Kim Jong Un hari ini.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini