Donald Trump dan Kim Jong-un telah menandatangani dokuman perjanjian dan diklasifikasikan sebagai dokumen yang cukup komprehensif dan bersejarah.

Semasa menandatanganinya, Kim berkata bahawa “Hari ini kami mengadakan pertemuan bersejarah dan memutuskan untuk melupakan masa lalu dan kami memutuskan untuk menandatangani dokumen bersejarah. Dunia akan melihat perubahan besar, saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump kerana menjadikan pertemuan ini berlaku “.

Trump berkata “Saya fikir kedua-dua pihak akan sangat gembira dengan hasilnya.”

Walaubagaimanapun, dokumen perjanjian tersebut kekal dirahsiakan serta menjadi tanda tanya banyak pihak.

Pada masa yang sama, indeks matawang dolar A.S. naik 0.22% ke paras 93.81 susulan perjanjian tersebut manakala pasangan EUR / USD turun 0.18% ke paras $ 1.17604 sehingga jam 2.25 petang.

Matawang GBP / USD turut memberi reaksi terhadap perjanjian tersebut dengan penurunan sebanyak 0.17% ke paras $ 1.33497.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini