Pasaran USD/JPY melonjak 0.20% pada awal sesi dagangan Asia hari ini ke paras $ 109.733 sehingga jam 12.20 tengahari setelah para pelabur memberi tumpuan terhadap persidangan kemuncak Donald Trump dan Kim Jong Un.

Trump tiba hari ini di Singapura bagi bertemu dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sebelum bertemu dengan Kim Jong Un esok susulan sidang kemuncak penyerahan program nuklear Korea Utara itu.

Presiden Trump tiba setelah menghadiri persidangan G7 di Kanada dengan kritikan terhadap Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan ancaman menghentikan dagangan terhadap negara-negara yang tidak akan mengurangkan halangan eksport Amerika.

 

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini