Sterling kekal stabil pada awal dagangan sesi Asia dengan GBP / USD masih didagangkan berhampiran paras 1.3400 setelah gagal mengumpul momentum bullish minggu lalu.

Dengan jangkaan kenaikan kadar oleh The Fed pada minggu ini, Sterling disasarkan terjejas serta mengheret Pound kembali ke paras rendah baru-baru ini.

Secara teknikal, GBP / USD bakal bergerak secara sideway setelah percubaan pertamanya untuk memecah paras 1.3380 gagal dan telah melakukan pivot di kawasan harga tersebut.

GBP / USD disasarkan mencecah paras 1.3450 sebelum meneruskan perjalanannya minggu ini.

Pada masa yang sama, undi Bill Brexit pada hari Selasa dijangka mampu menyuntik lebih banyak ketidakstabilan pasaran berikutan proses memasuki fasa yang berpotensi kritikal. Parlimen Britain mengundi pada Selasa mengenai pindaan kepada rang undang-undang pengeluaran Kesatuan Eropah kerajaan.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini