GBP / USD menjunam 0.29% ke paras $ 1.3370 sehingga jam 4.40 petang dari paras
$ 1.3421 setelah data keluaran pembuatan dilaporkan negatif.

Keluaran pembuatan U.K susut kepada -1.4%, meleset daripada jangkaan kenaikan 0.3% malah mengatasi bacaan lalu -0.1% bagi bulan April.

Secara tahunan, keluaran pembuatan juga susut kepada 1.4% daripada 2.9% pada tahun sebelumnya dan meleset daripada jangkaan kenaikan 3.1% oleh penganalisa.

Pada masa yang sama, lebihan dagangan U.K bagi bulan April turut mencatat penurunan bacaan kepada -14.04 bilion daripada -12.00 bilion, juga meleset daripada sasaran kenaikan -11.35 bilion.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini