Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia (TM), Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, dilaporkan meletak jawatan berkuatkuasa 6 Jun 2018 dan jawatan beliau akan dipangku oleh Timbalannya, Datuk Bazlan Osman yang berkuatkuasa serta-merta.

Beliau merupakan mantan CEO Serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat (EVP) operasi Asia Tenggara, Axiata Group Berhad, setelah dinaikkan pangkat sebagai CEO dan Pengarah Celcom Axiata Berhad sejak 1 September 2005 sehingga 31 Ogos 2016.

Semenjak 12 bulan yang lepas, saham TM mengalami kejatuhan lebih 43% dengan nilai pasaran sebanyak RM 13.9 bilion dan pendapatan Telekom Malaysia pada suku pertama 2018 pula dilaporkan jatuh 32% iaitu RM157.2 juta.

Di samping itu, Astro Malaysia Holdings Bhd Group telah mengumumkan peletakan jawatan CEO nya, Datuk Rohana Rozhan yang berkuatkuasa pada 31 Januari 2019 tetapi beliau kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah.

Jawatan beliau akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan, yang berkhidmat lebih 10 tahun dengan pengendali stesen berbayar itu.

Di bawah pimpinan beliau, jumlah pelanggan Astro melonjak dari 2.2 juta kepada 5.0 juta dengan catatan perkembangan kewangan dari RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion yang berakhir pada 31 Januari 2018.

Walaubagaimanapun, terdapat laporan bahawa lebih 50,0000 pelanggannya menjadi mangsa penyebaran maklumat peribadi. Namun beliau menegaskan bahawa peletakan jawatannya tidak disebabkan oleh hal itu.

TINGGALKAN JAWAPAN

Sila hantar komen anda!
Sila masukkan nama anda disini